BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
196269
Hi, Assalamualaikum semua! Yay,
buat pertama kalinya aku dapat menulis secara bebas dekat blog aku sendiri. Hehehe
yelah mana tidaknya, blog ni pun dibuat atas arahan Prof sendiri. Tujuannya
adalah untuk memudahkan urusan penghantaran kerja-kerja penterjemahan. Jadi harini
aku nak ceritakan sikit pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dari kelas Penterjemahan
Berbantukan Komputer (BBN3402) sepanjang 13 minggu yang diajar oleh Prof
Normaliza.
Haaa mesti tertanya-tanyakan kenapa 13 minggu bukan sepatutnya
14 minggu? Sebabnya aku daftar kursus ni seminggu lambat. Kelas hari isnin
daftarnya hari sabtu. Fuh, nasib baik masih ada kuota yang berbaki. Awalnya aku
tak merancang pun nak ambil subjek ni tapi itulah kena ambil juga sebab nak
cukupkan kredit untuk elektif bebas. Ye, nampak terpaksa disitu. Oh! lupa pula
nak bagitahu. Aku ni pelajar Bahasa German jadi aku pilih Jabatan Bahasa Melayu
untuk ambil elektif sebab nampak senang.
Awal pagi isnin bermula. Aku siap awal sebab teruja nak
masuk kelas pertama. Pang! Macam terhantuk kepala dekat dinding. Pening dan
terpinga-pinga. Hahaha baru masuk kelas, kerja datang menggunung. Bukan tu je,
setiap kerja ada spesifikasi arahan yang dibagi. Sebagai contoh kena buat guna
Excel dan Word document. Font dan size tulisan pun ada spesifikasi tersendiri
mengikut kehendak Prof dan yang paling takut kena hantar ikut waktu yang dah
ditetapkan. Kalau hanya diberi 3 jam, dalam masa tu jugalah kau kena siapkan. Masa
tu rasa takut. Takut tak sempat nak siapkan dalam masa yang ditetapkan sebab
aku ada kelas lain. Jadi terpaksa redha dan gigih siapkan juga. Belum lagi ditambah
dengan masalah takda buku. Hahah yelah belajar secara online, kelas pun lambat
daftar so taktahu kena beli buku. Nasib baik ada kawan boleh tolong.
Minggu demi minggu berlalu. Aku pun dah terbiasa dengan cara
Prof mengajar. Kali ni takda lagi rungutan. Kerja datang je terus buat. Senang
buat kerja awal, hantar awal, hati pun senang dan tenang. Setiap minggu kelas
Prof aku belajar benda baru. Aku ni tak gemar sangat guna Excel yelah sebab tak
pandai guna dan rasa rumit sangat. Word document pula aku belajar guna track changes.
Haa jangan terkejut. memang ada ye orang taktahu fungsi track changes. Buktinya
aku dan kawan aku (Hani bukan nama sebenar). Heheh tapi jangan risau, sekarang
kami dah pandai tau lepas buat banyak latihan terjemahan. Lepas ni cakap je nak
buat terjemahan macam mana kami boleh buat! Dekat kelas ni juga aku dapat ekspresikan
pendapat aku melalui petikan-petikan terjemahan yang Prof bagi.
Apa yang boleh aku cakap, kursus ni sangat best walaupun
memenatkan. Kursus ni juga membantu aku sebagai pelajar Bahasa asing. Kelas
subjek teras, aku banyak terjemah dari Bahasa German ke Bahasa Inggeris. Kadang-kala
sampai lupa dah perkataan Bahasa Melayu. Jadi dekat sini aku belajar terjemahan
BM-BI dan belajar pilih perkataan bm yang sesuai. Aku rasa melalui penulisan
aku dalam blog ni pun boleh tahu betapa tak teraturnya Bahasa Melayu aku. Sebelum
aku akhiri penulisan ni, aku nak ucapkan terima kasih pada Prof Normaliza atas
segala ilmu yang dicurahkan. Semoga kita bertemu lagi. Nanti mesti rindu nak
dengar Prof sebut “Chakkaman”.
MINGGU
1
MINGGU
2
MINGGU
3
MINGGU
4
MINGGU
5
MINGGU
6
MINGGU
7
MINGGU
8
MINGGU
9
MINGGU
10
MINGGU10TESIS MASIHKAH KAU INGAT?
MINGGU
11
POST
TERAKHIR BLOG
PENTERJEMAHAN
BERBANTUKAN KOMPUTER
Comments
Post a Comment