BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)


 NURUL FARISYA SYADIRA BINTI NORAZIZAN

196269

1Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again

Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan terus melawan lagi supaya saya kembali tenang.

Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Alim tersenyum. (Hlm 25: 6)

 


2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

 Terjemahan Melayu: Ingatan terakhir yang saya ada bersama anda akan kekal sebagai saat bahagia yang saya hargai selama-lamanya.

 Bukti: Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

 Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam. Alim juga tahu di mana reban ayam yang baharu. (Hlm 23: 3).

 

 

3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

 Terjemahan Melayu: Untuk hidup di dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga daripada perkara yang lain.

 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga saya

 Di dalam sebuah rumah yang kecil, tinggal seorang budak lelaki berumur 9 tahun. Dia sedang tersenyum sambil memandang ke arah dinding. Budak lelaki itu bernama Alim. Dia mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan. Mereka keluarga yang penyayang. (Hlm 24: 11).

 

 

4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ianya akan menjadi sukar sepanjang masa.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah. (Hlm 25: 12).

 

 

5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu  dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi. (Hlm 23: 11)

 

 

6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat meluahkan cinta saya kepada awak, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

“Kami saying dan rindu Alim,” kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa. (Hlm 26: 1).

 

 

7. Teks Asal: I have faith with you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada anda.

Bukti: Cerita Sosial 4: Hati

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu tahu Alim boleh berdikari. (Hlm 26: 6).

 

 

8. Teks Asal: I want someone tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya mahu seseorang memberitahu saya bahawa ianya akan baik-baik saja.

Bukti: Cerita Sosial 5: Jiran

“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambal memujuk adik perempuan Alim. Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.  (Hlm 27: 12).

 

 

9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambal mengasingkan buah-buahan ke dalam plastic merah. (Hlm 23: 12).


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017). 200 Quotes for you...for us... Terengganu, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian wacana dan strategi komunikasi Teori dan aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 


Bukti Kehadiran:




Comments

Popular posts from this blog

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESEPI(2)