BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS


NURUL FARISYA SYADIRA BINTI NORAZIZAN
196269


 Masihkah Kau Ingat?

1.      Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri

         (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

 

-       Penulisan tesis hendaklah ditulis dengan menggunakan ayat yang diolah sendiri tanpa menyalin dari mana-mana rujukan seperti artikel atau buku.

 

2.      Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat         penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

 

-       Ketulenan penulisan tesis perlu disemak menggunakan alat seperti Turnitin sebelum dihantar kepada penyelia.

 

3.      Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak   merujuk      rujukan sekunder.

 

-       Penulisan tesis harus merujuk rujukan primer iaitu rujukan utama. Rujukan sekunder adalah tidak digalakkan.

 

4.      Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian      yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

 

-       Pengkaji perlu membaca lebih daripada 50 artikel yang terkini berkaitan dengan tajuk kajian supaya mendapat kefahaman yang lebih tentang tajuk yang dikaji.

 

5.      Menghadiri banyak seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

 

-       Pengkaji digalakkan menghadiri seminar atau perbincangan ilmu berkaitan kajian supaya mendapat lebih banyak bahan kajian.

 

6.      Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan     pakar dalam bidang.

 

-       Pelajar digalakkan melakukan perbincangan Bersama penyelia tentang kajian yang dijalankan dan bukanlah bersama pelajar yang lain. Ini kerana penyelia lebih mahir dalam bidang yang dikaji berbanding pelajar yang lain.

 

7.      Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 Halaman), Bab 2 (30     halaman – bacelor dan Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10 – 12          halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8 – 12              halaman).

 

-       Jumlah muka surat untuk bab 1 sekurang-kurangnya adalah 10-12 muka surat. Muka surat bab 2 pula ialah 30 muka surat bagi pelajar bacelor dan master manakala 50 muka surat bagi pelajar PhD. Bab 3 seharusnya mempunyai lebih kurang 10 hingga 12 muka surat. Bab 4 perlu sekurangnya 40 muka surat bagi setiap objektif yang ada dan bab 5 seharusnya mempunyai hingga 8 ke 12 muka surat.

 

8.      Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80   halaman (bacelor), 81 – 150 (Master) dan 151 – 240 (PhD). *Tertakluk         kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

-       Jumlah keseluruhan penulisan tesis perlu mempunyai paling tidak 80 muka surat untuk bacelor, 81 hingga 150 muka surat untuk Master dan 151 hingga 240 untuk pelajar PhD. Akan tetapi, jumlah keseluruhan tesis ini tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan university.

 

9.      Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

-       Pelajar dicadangkan membuat perancangan dan jadual untuk melancarkan proses penulisan tesis sepanjang tempoh pengajian.

 


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


KEHADIRAN:



Comments

Popular posts from this blog

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESEPI(2)