BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

    Professor Dr. Normaliza menceritakan pengalaman beliau ketika beliau belajar di London. Katanya, apabila seseorang itu belajar diluar negara, semestinya dia akan mencari rumah sewa yang berhampiran dengan kedai pakistan. Tujuannya adalah untuk memudahkan pencarian makanan halal. Masjid juga senang ditemui dan memudahkan proses solat jumaat bagi orang Islam disana. Di London, terdapat banyak pelajar Malaysia, Brunei dan Singapura.  Pelajar Malaysia disana mempunyai persatuan. Setibanya Prof disana, ramai orang yang menjemputnya. Akan tetapi, lambakkan komuniti Melayu disana menimbulkan masalah. Walaupun mempunyai ramai Melayu tetapi komunitinya adalah kecil. Mereka sering berselisih di lif mahupun di jalan raya. Pada suatu hari, beliau berselisih dengan orang Melayu di pasaraya. Beliau tahu, mereka adalah melayu setelah melihat pada warna kulit, pemakaian tudung dan bertutur dalam bahasa Malaysia. Beliau cuba mendekati komuniti melayu ini. Akan tetapi, teguran itu tidak diendahkan. Beliau kemudian sedar bahawa tidak semua orang yang suka ditegur. Perkara ini terjadi kerana pengalaman yang mereka lalui sebelum ini. Setelah mengetahui tentang itu, Prof Normaliza tidak menyapa komuniti Melayu yang dijumpainya. Beliau berfikiran lebih baik jangan bercakap. Beliau kemudian hanya akan memberikan senyuman sahaja kepada orang Melayu yang dijumpainya. Pengalaman beliau disana negara orang membuatkan beliau lebih menghargai dan merasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Pengajaran yang beliau tekankan adalah jangan terlalu melampau disana kerana orang Inggeris tidak suka dan skeptikal dengan mereka yang memakai tudung. Kita juga harus menjaga kelakuan di tempat awam. Contohnya, jangan ketawa secara berlebihan dan mengganggu orang lain. 

Kehadiran Minggu 6



Comments

Popular posts from this blog

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESEPI(2)